BORANG MAKLUMBALAS PENGGUNAAN ALATAN SIMULATOR DAN PERISIAN DIGITAL
Borang Maklum Balas Penggunaan Alatan Simulator dan Perisian Digital
Penerangan:
Kami mengalu-alukan maklum balas anda mengenai pengalaman anda menggunakan alat simulator dan perisian digital yang telah dibekalkan kepada semua ABM dan CIDB Technologies. Maklum balas anda adalah penting bagi kami untuk memahami tahap keberkesanan alatan ini dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, mahupun untuk tujuan promosi.
Arahan:
- Sila berikan penilaian dan maklumbalas anda terhadap tahap kekerapan, kesesuaian penggunaan, serta kecukupan alatan simulator atau perisian digital yang dibekalkan dengan keperluan tugas atau aktiviti yang anda lakukan.
- Nyatakan maklum balas anda sama ada alatan ini memenuhi atau melebihi harapan anda dalam hal fungsi, keselamatan, dan kebolehgunaan.
- Sekiranya terdapat kelemahan atau isu yang anda hadapi semasa menggunakan alatan ini, sila jelaskan dengan lebih terperinci dan beri cadangan untuk penambahbaikan.
- Anda juga dialu-alukan untuk memberi komen mengenai sokongan teknikal, ketersediaan sumber bantuan atau latihan, serta kemudahan penggunaan antara muka alatan atau perisian.
- Sebarang pandangan tambahan mengenai keupayaan alatan ini untuk memenuhi keperluan masa depan juga amat dialu-alukan.