ABM SELATAN - OPERATOR KREN BERGERAK (BERANTAI) TAHAP 2 (CMC2)
- Description
- Curriculum
- FAQ
- Reviews
Kerjaya Operator Kren merupakan kerjaya 3D (Bahaya, Rumit, Kotor) yang menjadi salah satu elemen penting dalam industri pembinaan, minyak dan gas. Tugas Operator Kren adalah memastikan beban atau bahan yang dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi lain dengan selamat, tanpa risiko kemalangan kepada orang awam yang berada di sekitar tapak pembinaan. Kerjaya sebagai seorang Operator Kren perlu dinaik taraf dengan peluang dan insentif dari pihak kerajaan sebagai bidang profesional yang memberi sumbangan besar kepada negara dalam aspek pembangunan insfrastruktur. Pengiktirafan ini dibuat sebagai satu galakan pembangunan negara secara selamat dan bertanggungjawab oleh rakyat tempatan sendiri bagi memupuk kecintaan rakyat terhadap tanah air mereka. Operator Kren yang kompeten mampu membaca kiraan muatan dengan betul mengikut kesesuaian kemampuan kren, mengambil kira keadaan cuaca dan persekitaran selamat. Operator Kren harus memastikan semua sistem keselamatan kerja kren telah diperiksa terlebih dahulu dan berkomunikasi secara efektif dengan pihak-pihak yang berkaitan di dalam operasi kerja. Operator Kren juga perlu mempunyai pengetahuan teori dan amali yang betul tentang kerja, peralatan, Prosedur Operasi Standard dan keperluan undang-undang.
• ABM WILAYAH SELATAN
• ABM WILAYAH TIMUR
1. Age: 21 years old and above
2. Completed Form 5
3. Possess a valid D class driving license (except for course no. 3)
SPECIFIC REQUIREMENTS (PERSONEL)
1. Is 21 years old and above
2. Completed Form 5
3. Has at least 6 months working experience in related trade