KEUSAHAWANAN PEMBINAAN TAHAP 1 & 2
- Description
- Curriculum
- Reviews
Modul Keusahawanan Pembinaan Tahap 2 merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang ditawarkan oleh CIDB Malaysia untuk keperluan kemahiran bidang pembinaan. Modul ini membincangkan bidang keusahawanan secara teori dan praktikal. Pemusatan modul ini adalah memfokuskan kepada asas keusahawanan untuk bidang pembinaan.
Melalui pembacaan dan pemahaman modul ini, pelatih akan mendapat pendedahan mengenai kreativiti & inovasi usahawan, kepimpinan organisasi, perancangan kewangan, penjenamaan dan kanvas model perniagaan (Business Model Canvas). Modul ini juga diharap dapat membantu untuk meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran Personel Binaan, melengkapkan calon usahawan dengan latihan dalam bidang pengurusan dan teknikal melalui kursus yang berstruktur, meningkatkan kemahiran dan kompetensi usahawan dan menyerlahkan potensi peluang perniagaan dalam sektor pembinaan.