Have a question?
Message sent Close

ABM TENGAH – PELEPA BINAAN TAHAP 1 (PLR1)

Sijil Pelepa Tahap 1 (Plasterer Level 1) merupakan satu kursus kemahiran di dalam penyediaan permukaan yang berfungsi sebagai lapisan kalis air pada kerja batu bata dan struktur berasaskan konkrit. Pelajar akan didedahkan kepada teknik pelepaan yang mematuhi akta dan perundangan keselamatan berkaitan serta boleh dijadikan rujukan dalam proses lepaan permukaan di dalam bangunan. Pelajar dalam […]

40 students enrolled

Sijil Pelepa Tahap 1 (Plasterer Level 1) merupakan satu kursus kemahiran di dalam penyediaan
permukaan yang berfungsi sebagai lapisan kalis air pada kerja batu bata dan struktur berasaskan
konkrit. Pelajar akan didedahkan kepada teknik pelepaan yang mematuhi akta dan perundangan
keselamatan berkaitan serta boleh dijadikan rujukan dalam proses lepaan permukaan di dalam
bangunan. Pelajar dalam kursus ini juga akan dilatih di dalam bidang pelepaan sehingga dapat
menghasilkan lapisan permukaan yang dapat melindungi dan mengelakkan kerosakan ke atas
kerja batu bata.
Fungsi utama pelepa adalah bertujuan untuk menampal lapisan lepaan ke atas dinding, lantai,
tiang dan permukaan bawah (soffit). Bidang kerja sebagai pelepa adalah merupakan bidang kerja
kemahiran yang mendapat permintaan tinggi di masa kini. Pelepa bekerja di dalam bangunan yang
berbeza-beza, termasuklah pembangunan perumahan baru, pejabat dan rumah (ubahsuai). Pelepa
juga bertindak sebagai tukang baikpulih kerja lepaan sedia ada dan juga bangunan yang sedang
didirikan. Permintaan ke atas tukang pelepa adalah sangat tinggi berikutan skim pembangunan
rumah kerajaan. Terdapat juga sesetengah pelepa bekerja sendiri apabila melakukan kerja lepaan
di atas rumah persendirian. Bagaimanapun, pelepa mungkin bekerja di dalam kumpulan dan
seksyen permukaan lepaan yang berbeza di dalam projek pembinaan berskala besar.

• ABM WILAYAH UTARA • ABM WILAYAH TENGAH • ABM WILAYAH SELATAN • ABM WILAYAH TIMUR • ABM WILAYAH SARAWAK • ABM WILAYAH SABAH
SPECIFIC REQUIREMENTS (YOUTH) 1. Age: 17-35 years old 2. For courses 1-11, applicant must at least have completed Form 3 3. Fpr courses 12-18, applicant must have completed Form 5 SPECIFIC REQUIREMENTS (PERSONEL) 1. Aged between 18-55 years old 2. Has at least 6 months working experience in related trade 3. For courses 1-11, applicant must at least completed Form 3 4. For courses 12-18, applicant must have completed Form 5 5. Pre-requisite: For course Scaffold Erection applicant must possess level 1 SCF1 certification or equivalent or is registered with Department of Occupational Safety & Health (DOSH)

Be the first to add a review.

Please, login to leave a review